Penyataan Kualiti

Visi

Peneraju perkhidmatan berasas teknologi cerdas yang menyokong UKM sebagai pusat ilmu terkehadapan

Misi

Mentransformasikan perkhidmatan ICT melalui budaya pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berpacukan data,maklumat dan pengetahuan

Dasar Kualiti

Bertekad menyediakan perkhidmatan ICT secara professional dan berkualiti serta mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan penambahbaikan berterusan untuk menjamin kepuasan pelanggan

Motto

Peneraju Transformasi Digital

“The Digital Transformation Leader”

Fungsi PTM 

  • Penyedia kepada penyelesaian proses UKM berorientasi teknologi termaju
  • Pengurusan keselamatan ICT 
  • Penyedia perkhidmatan infrastruktur ICT
  • Pengurusan perkhidmatan aduan pelanggan
  • Perunding kepada proses UKM mengikut era teknologi yang terkini 

Objektif Kualiti berdasarkan Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan

  • Memberi maklumbalas terhadap aduan kerosakan ICT dalam tempoh 12 jam waktu bekerja.
  • Mengambil tindakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh terima permohonan perkhidmatan.
  • Memastikan ketersediaan capaian ke internet.
  • Membangunkan aplikasi yang memenuhi spesifikasi melalui pengesahan pengujian pengguna.
  • Menyelenggara aplikasi yang memenuhi spesifikasi melalui pengesahan pengguna.
  • Menyediakan perkhidmatan multimedia yang memenuhi kepuasan pelanggan.
  • Menyelenggara perkakasan dan peralatan ICT mengikut jadual yang ditetapkan.

Objektif Keselamatan Maklumat berasaskan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat(ISMS)

  • Memastikan data Sistem Maklumat Universiti tersedia dan boleh dicapai.
  • Memastikan semua capaian SMU kritikal menggunakan ID yang sah dan disemak secara berkala.