Sistem E-mel UKM (Baru)

Dimaklumkan permohonan e-mel (individu dan rasmi) selepas atau pada 27 Januari 2014 akan menggunakan sistem e-mel yang baru menggunakan domain *@ukm.edu.my.

Akses melalui web : http://mail.ukm.edu.my

Bagi pengguna yang telah ada akaun e-mel *@ukm.my, boleh juga memohon pertukaran dari *@ukm.my kepada *@ukm.edu.my. Pertukaran alamat e-mel boleh dimohon secara online melalui Sistem Permohonan E-mel Kakitangan (http://www.ukm.my/spek).

Sebagai contoh, jika alamat e-mel sekarang ialah xyz@ukm.my, alamat e-mel yang baru adalah xyz@ukm.edu.my. Kepada pengguna sistem baru e-mel UKM:-

1. Digalakkan untuk mengakses emel menggunakan browser internet dan tiada konfigurasi yang perlu dilakukan. Dengan cara ini e-mel boleh diakses di mana-mana sahaja selagi ada capaian ke internet.

2. Email client seperti Microsoft Outlook, Thunderbird, Eudora melalui komputer di pejabat masih boleh digunakan tetapi memerlukan sedikit perubahan pada konfigurasi sedia ada. Namun demikian, kaedah ini adalah tidak lagi digalakkan.

Kongsikan informasi ini