Penutupan Sementara Permohonan/Pertukaran Emel ukm.edu.my

Penutupan Sementara: Permohonan/Pertukaran emel ukm.edu.my

Sehubungan dengan pelaksanaan sistem emel baru ukm.edu.my(Google Apps) yang akan berkuatkuasa sepenuhnya mulai 12 Mei 2014, semua permohonan baru/pertukaran emel individu dan kumpulan akan ditutup sementara mulai 28 April 2014 sehingga 11 Mei 2014 untuk proses migrasi emel lama (ukm.my) ke emel baru (ukm.edu.my).

Pengguna yang tidak membuat permohonan pertukaran emel individu dan kumpulan sebelum 28 April 2014, emel lama (ukm.my) akan ditukarkan kepada emel baru (ukm.edu.my) secara automatik.

Semua pengguna emel ukm.my dikehendaki backup emel lama sebelum 10 Mei 2014.

Ringkasan pelaksanaan :
1. 28/4/2014 – 11/5/2014 : Permohonan baru/pertukaran emel individu dan kumpulan ditutup untuk proses migrasi emel ukm.my ke ukm.edu.my.

2. 10/5/2014 : Server ukm.my ditutup

3. 12/5/2014 : Permohonan baru (ukm.edu.my) dibuka semula. Penggunaan sepenuhnya emel ukm.edu.my.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Kongsikan informasi ini