Penggunaan Emel ukm.edu.my (Google Apps) Sepenuhnya

Assalamualaikum w.b.t

Kepada pengguna emel ukm.my sahaja

Dimaklumkan penggunaan sepenuhnya emel ukm.edu.my (Google Apps) berkuatkuasa mulai 12 Mei 2014. Sehubungan dengan itu, emel lama ukm.my telah ditutup. Oleh itu, semua pengguna emel ukm.my perlu menggunakan emel baru (ukm.edu.my) melalui http://mail.ukm.edu.my.

Bagi pengguna yang tidak membuat permohonan pertukaran emel lama (ukm.my) ke emel baru (ukm.edu.my), sila semak di Sistem Permohonan Emel Kakitangan untuk mendapatkan alamat emel ukm.edu.my dan katalaluan baru.

Rujuk manual pengguna di laman web infomail

Pastikan etika penggunaan emel dipatuhi. Klik disini.

P/S : Kepada pembangun sistem / web, mohon semak semua sistem / web yang menggunakan emel group / rasmi @ukm.my untuk tukar ke @ukm.edu.my

Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

Kongsikan informasi ini