Penamatan Perkhidmatan Turnitin UKM

Perkhidmatan berkaitan perisian Turnitin oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM) iaitu pemberian akaun Instructor kepada pensyarah dan enrolment pelajar melalui akaun Instructor telah berakhir pada 16 Mac 2017.

Oleh kerana Peraturan 30(3) Peraturan-peraturan Universiti Kebangsaan Malaysia (Pengajian Siswazah) 2015, mewajibkan semakan bebas plagiat ke atas tesis/disertasi yang diserahkan untuk tujuan pemeriksaan dan mengambilkira kekangan kewangan, perlanjutan langganan lesen Turnitin telah dilakukan untuk tahun berikutnya mulai 17 Mac 2017 tetapi dengan bilangan pengguna yang lebih kecil.

Sehubungan itu, mesyuarat Senat bertarikh 14 Mac 2017 telah bersetuju agar perkhidmatan perisian Turnitin yang akan berkuat kuasa mulai 17 Mac 2017 dipusatkan kepada setiap fakulti/institut dan diuruskan oleh pegawai yang akan melakukan perkhidmatan semakan bebas plagiat bagi “draf akhir Tesis/Disertasi” pelajar sahaja.

Maklumat lanjut sila hubungi 03-89216143 atau mel-e btp@ukm.edu.my

TATACARA PERKHIDMATAN SEMAKAN BEBAS PLAGIAT TESIS/DISERTASI SEBELUM SERAHAN UNTUK PEMERIKSAAN

Berikut adalah tatacara dan syarat-syarat pelaksanaan semakan bebas plagiat Tesis/Disertasi yang berkuat kuasa mulai 17 Mac 2017.

1. Pelajar perlu berurusan di fakulti atau institut tempat mereka mendaftar pengajian dan mematuhi prosedur perkhidmatan semakan bebas plagiat yang telah ditetapkan oleh fakulti/institut masing-masing.

2. Laporan semakan bebas plagiat adalah laporan ORIGINALITY REPORT yang dijana oleh Turnitin dan pelajar perlu mendapatkannya dalam bentuk softcopy atau hardcopy tertakluk kepada ketetapan yang dibuat oleh pihak fakulti/institut.

3. Pelajar perlu mendapatkan resit dokumen (draf akhir Tesis/Disertasi) yang dimuat naik dalam bentuk softcopy (email) atau hardcopy dan resit tersebut mestilah mengandungi maklumat seperti tajuk dokumen dan Paper ID.

Kongsikan informasi ini