Pemberitahuan Servis EDUROAM di UKM

Dengan sukacitanya adalah dimaklumkan bahawa PTM akan  menyediakan servis capaian WIFI secara ‘roaming’ untuk penyelidik-penyelidik dan komunitipendidikan. Eduroam adalah merupakan servis capaian internet selamat secara ‘roaming’ untuk kemudahan penyelidik antarabangsa serta komuniti pendidikan yanghadir melawati UKM. Eduroam membolehkan pelajar, penyelidik-penyelidik serta kakitangan institusi yang terlibat memperolehi akses internet di seluruh kampus dansemasa melawati institusi-institusi lain yang terlibat, dengan mudah melalui laptop atau handphone dengan cara menggunakan katanama dankatalaluan yang telah sedia didaftarkan pada institusi masing-masing. Kepada para pelajar, penyelidik serta kakitangan UKM boleh menggunakan servis capaian WIFI ‘roaming’ EDUROAM ini di institusi-institusi lainseluruh dunia, dengan menggunakan katanama dan katalaluan UKM-Warga yang berdaftar sahaja. Hanya perlu tambah maklumat @ukm.my pada katanamaUKM-Warga sahaja seperti K0XXX@ukm.my / AXXXX@ukm.my semasa membuat penyambungan servis WIFI EDUROAM di institusi-institusi yang di lawati.

Servis ini boleh dicapai secara rasminya pada 10 Nov 2014. Sebarang masalah berkaitan capaian EDUROAM boleh hubungi kami di Unit Helpdesk PTMdi talian 7070. 

Untuk rujukan senarai institusi yang terlibat di seluruh dunia ini dan bacaan lanjut berkenaan servis EDUROAM ini bolehlah lawati https://www.eduroam.org

Sekian, Harap Maklum.

Kongsikan informasi ini