Keselamatan Kata Laluan

Setiap warga UKM memiliki kata laluan bagi mengakses Sistem Maklumat Universiti (SMU) serta sistem Emel Universiti. Penggunaan kata laluan ini adalah untuk memastikan maklumat universiti terpelihara daripada capaian pengguna yang tidak sah. Walau bagaimanapun, kata laluan sentiasa menjadi sasaran penggodam atau pencuri identiti yang cuba untuk mendapat akses kepada maklumat sulit Universiti.

Bagaimana memastikan kata laluan anda selamat?

  • Guna kata laluan yang kukuh
    • Panjang kata laluan yang dipilih mestilah sekurang-kurangnya lapan (8) aksara dengan gabungan huruf, nombor atau simbol.
      contoh kata laluan yang kukuh: p@55w0rd5@yA
      contoh kata laluan yang lemah: abc123, 123456, password
    • Kata laluan tidak berdasarkan maklumat yang mudah diteka oleh orang lain seperti tarikh lahir atau nombor UKMPer.
    • Pastikan kata laluan yang berbeza digunakan untuk sistem yang berbeza. Contohnya, tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun emel dan perbankan internet.

 

  • Kata laluan tidak dikongsi
    • Kata laluan adalah hakmilik individu yang tidak boleh dikongsi dengan pihak lain.
    • Pastikan kata laluan tidak didedahkan kepada pihak lain dengan sengaja atau tanpa sengaja.

 

  • Kata laluan ditukar selalu

    • Tukar kata laluan secara berkala sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
    • Untuk tukar kata laluan eWarga anda: https://ewarga.ukm.my/tukarkatalaluan/
    • Tukar kata laluan dengan segera sekiranya mengesyaki kata laluan telah diketahui atau akaun anda telah diceroboh.

Rujukan Standard/Polisi:

  1. Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) UKM, Bab 11 Kawalan Capaian, 11.1.2 Pengurusan Kata laluan
  2. ISO/IEC 27001:2013 Information Security Management System (ISMS) Annex A.9.4.3 Password management system.
Kongsikan informasi ini