Kerja Naiktaraf Kemudahan Rangkaian

PEMAKLUMAN KERJA MENAIKTARAF KEMUDAHAN RANGKAIAN TANPA
WAYAR (UKM-WIFI) DARI 500Mbps KEPADA 4Gbps DI KOLEJ KEDIAMAN
PELAJAR UKM PADA 24 JULAI 2019

UKM kini sedang dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan capaian ke Internet.
Penyelenggaraan dan kerja-kerja naiktaraf perkakasan rangkaian sedang giat
dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada warga UKM.
Saiz lebar jalur rangkaian UKM-WIFI akan dinaiktaraf dari 500Mbps kepada 4Gbps.
Kerja menaiktaraf dilaksanakan selama 4 jam mulai Rabu, 24 JULAI 2019 jam 10
malam hingga Khamis, 25 JULAI 2019 jam 2.00 pagi.

Sehubungan dengan itu, gangguan adalah MELIBATKAN perkhidmatan berikut :

  • Perkhidmatan rangkaian tanpa wayar (UKM-WIFI) di semua kolej
    kediaman pelajar UKM
  • Perkhidmatan capaian ke Internet oleh semua kampus cawangan,
    (termasuk Kampus Kuala Lumpur), pusat penyelidikan, pusat latihan dan
    makmal alami.
  • Perkhidmatan rangkaian antara Kampus UKM Bangi dengan semua
    kampus cawangan (termasuk Kampus Kuala Lumpur), pusat
    penyelidikan, pusat latihan dan makmal alami.

Gangguan ini TIDAK MELIBATKAN capaian Sistem Maklumat Universiti (SMU),
Perkhidmatan capaian ke Internet dan rangkaian tanpa wayar (UKM-Warga & UKM-
Pelawat) di kampus UKM Bangi.

PTM memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kerjasama dari pihak yang terlibat
dan seluruh warga UKM amat dihargai demi manfaat bersama pada masa hadapan.

Pertanyaan dan bantuan teknikal, sila hubungi talian 03 8921 7070 (Helpdesk PTM)
atau emel helpdeskptm@ukm.edu.my atau boleh membuat aduan secara atas
talian pada Sistem Maklumbalas dan Aduan UKM (https://ewarga.ukm.my/efact)

Kongsikan informasi ini