Gangguan Pusat Data 26-28 Jun 2015

Gangguan Bekalan Elektrik Bagi Kerja Hentitugas Keseluruhan 33KV SSU UKM. Dimaklumkan bahawa Tenaga Nasional Berhad telah memberi notis untuk menjalankan kerja hentitugas bagi kerja-kerja senggaraan alatsuis 33KV, busbar, cable ends dan senggaraan pencegahan perlindungan.

Oleh itu, terdapat gangguan bekalan elektrik di seluruh kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 27 Jun 2015 (Sabtu) jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Keseluruhan perkhidmatan Pusat Data akan mengalami gangguan pada 26 Jun 2015 (Jumaat) mulai jam 10.00 malam sehingga pada 28 Jun 2015 (Ahad) jam 10.00 pagi untuk kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Kongsikan informasi ini