Gangguan Perkhidmatan ICT

Makluman Gangguan Capaian Terhadap Keseluruhan Perkhidmatan ICT, Capaian Internet Dan Sistem maklumat Universiti (SMU)

Dimaklumkan bahawa,lanjutan dari pemakluman Unit Pengurusan Tenaga (UPT), Prasarana-UKM yang menjalankan kerja-kerja pendawaian dan pemasangan Digital Power Meter (DPM) di bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM) pada 16 Disember 2017 (Sabtu), semua perkhidmatan ICT, capaian Internet dan penggunaan Sistem Maklumat Universiti (SMU) dihentikan sementara bagi memberi laluan untuk kerja-kerja tersebut akan dilakukan.

Terdapat gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti (SMU) termasuk capaian ke internet serta sistem-sistem lain yang ditempatkan di Bilik Server Utama, PTM dalam tempoh seperti berikut:

Tarikh : 16 Disember 2017 (Sabtu)
Masa : 1.00 petang sehingga 11.00 malam

Sebarang pertanyaan dan bantuan teknikal, sila hubungi talian 03-8921 7070 (Helpdesk PTM) atau emelkan kepada helpdeskptm@ukm.edu.my

Kongsikan informasi ini