Gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti 1-2 Oktober 2016

Kerja-kerja penyelenggaraan terhadap bekalan kuasa letrik di Pusat Data PTM terpaksa dilakukan bagi memberi laluan kepada penggantian UPS yang baharu. Sehubungan itu, akan berlaku gangguan capaian terhadap seluruh Sistem Maklumat Universiti termasuk capaian ke internet serta sistem-sistem lain yang ditempatkan di Pusat Data, PTM dalam tempoh seperti berikut:

Tarikh : 1 Oktober 2016 (Sabtu) – 2 Oktober 2016 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi (1 Oktober 2016) – 4.00 petang (2 Oktober 2016)

Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali. Sekian.