Language

Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Pusat Teknologi Maklumat

Emel disekat (suspended)

Sebab-sebab email disekat (suspended)

  1. Aktiviti login berbeza lokasi, berbeza ip komputer, pada masa yang hampir sama
  2. Aktiviti hantar email secara bundle
  3. Berlaku banyak kali bounce email (penerima tidak dikenalpasti)

Sebab-sebab email digodam (hacked)

  1. Guna password yang mudah
  2. Password tidak pernah ubah
  3. Guna atau daftar email pada site yang tidak berkaitan cth Facebook
  4. Tidak log out selepas guna

Cara mengelak dari email disekat ( suspended )

  1. Baca dan fahami Term & Policy di dalam Gmail anda
  2. Patuhi  syarat-syarat perkhidmatan google seperti YouTube, google+, Blogger dan lain-lain.  Sekiranya tidak di patuhi akan juga memberi kesan kepada perkhidmatan emel anda.
  3. Hadkan jumlah emel yang di hantar kepada penerima. Akaun anda akan disekat (suspended ) sekiranya jumlah penerima email yang anda hantar melebihi 500 pada satu-satu masa.
  4. Pastikan id penerima emel yang dihantar adalah betul.  Anda boleh membuat semakan  di http://email-checker.net/  sekiranya didapati emel kurang tepat
  5. Jauhi emel berbentuk spam seperti tidak menghatar emel rantaian, tidak menghatar emel kepada penerima yang anda tidak pasti. Sekiranya seseorang melaporkan email anda melakukan aktiviti  ini, email anda mungkin akan disekat.
  6. Hadkan saiz mesej yang hendak dihantar.  Lampiran mesej tidak boleh melebihi 25MB

Tindakan Segera

  1. Tukar password
  2. Semak bahagian signature sekiranya telah diubah atau bukan milik sendiri
  3. Buang forward email sekiranya ada atau bukan milik sendiri
  4. Semak bahagian send email as dan tukar kepada nama sendiri sekiranya ada perubahan

Sebarang pertanyaan sila emel ke pentadbir_emel@ukm.edu.my atau telefon hotline PTM 7070