Language

Bahasa

Penterjemah Google

Penafian Terjemahan Bahasa Ketiga

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan selepas pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer . Kebarangkalian kandungan mungkin berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Universiti Kebangsaan Malaysia tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kesalahan maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal di dalam Bahasa Inggeris dan Malaysia.

Pusat Teknologi Maklumat

Penghargaan

Saya mewakili CRIM khasnya mengucapkan terima kasih kepada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) di atas sokongan keperluan dan penyediaan internet di Bilik Mesyuarat Canselori sempena Penilaian Tapak Penarafan Bintang Malaysia Research Assessment (MYRA) untuk pencapaian UKM tahun 2014 yang telah berlangsung pada 12 dan 13 Mei 2015 lalu. Audit ini telah dijalankan oleh Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ucapan khas juga kepada En. Hanafeyah dan the team member yang telah memberikan kerjasama yang baik. Terima kasih.
 CRIM
Thu, 14/05/2015
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PTM untuk perkhidmatan kaunter. Mesra dan memudahkan pelanggan serta menempatkan staf yang mempunyai info mengenai perkhidmatan yang disediakan. Saya harap semua perkhidmatan kaunter di UKM boleh mencontohi PTM.
 PTM
Fri, 17/04/2015
Ribuan terima kasih kepada pegawai PTM yang pantas bertindak dan bekerja lebih masa untuk cuba menyelesaikan masalah komputer saya iaitu En Norhisham dan En Mohd Dzulzaidi pada 27.4.2015
 Prof. Dr. Mae-Lynn Catherine Bastion
Mon, 27/04/2015
Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Khairul Mohamed dan En. Faril (Multimedia) kerana memberikan kerjasama yang terbaik dalam menyediakan video untuk Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal PPUKM 2015. Walaupun dalam masa yang singkat. video yang dihasilkan adalah menepati kehendak & keperluan pihak jawatankuasa. DIharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang, InsyaAllah. Terima kasih
 PPUKM
Mon, 02/03/2015
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada puan Syazlina Osman, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F32, bahagian perkhidmatan ict, ptm di atas perkhidmatan yang berkualiti dan sangat baik yang telah diberikan kepada pihak FSK dalam urusan Sistem Tapak Web UKM, terima kasih.
 FSK
Fri, 27/02/2015
Alhamdulillah melalui OJS yang diselenggarakan oleh pihak PTM, kami di JPDK dapat memulakan jurnal atas talian bermula 2013. Kami sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan ini. Tambahan pula pihak PTM khususnya Pn. Suzita sangat-sangat memberikan bantuan sepanjang proses ini. Harapan kami agar pihak PTM dapat sentiasa konsisten dalam memberikan servis yang terbaik kepada kami. InsyaAllah.
 FPI
Wed, 26/02/2014
En. Naim dan En. Rafiyan menepati masa dan mengetahui dengan mendalam bidang tugas mereka. Kerjasama yang baik.
 Staf UKM
Mon, 21/10/2013
Saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan oleh Shukry Abu Bakar dari BPK. Komputer saya telah mengalami masalah, hang dan kerja saya tidak boleh dilakukan. Komputer saya telah di perbetulkan dengan sabar dan tekun. Terima kasih.
 Staf UKM
Thu, 06/06/2013
Kepada Puan Sharifah Hashim di atas perkhidmatan pangkalan data Perpustakaan UKM.
 PTSL
Mon, 03/06/2013
Diucapkan terima kasih di atas bantuan yang telah diberikan terutama dalam pembinaan Sistem Lantikan KQ. Dengan wujudnya sistem ini banyak membantu saya dalam urusan kerja hari, terima kasih kepada pegawai-pegawai yang terlibat.
 Jabatan Pendaftar
Mon, 03/06/2013