Sistem Maklumat

Kegunaan Sistem Maklumat

Sistem-sistem aplikasi telah dibangunkan oleh Pusat Teknologi Maklumat(PTM) bagi membantu UKM mengurus maklumat serta mengautomasikan proses kerja bagi membantu pihak pengurusan dalam mengurus sumber manusia, pelajar dan kewangan UKM. Bahagian yang bertanggungjawab ke atas pembangunan sistem aplikasi adalah di bawah Potfolio Sistem Aplikasi dan Pengurusan Pengetahuan, PTM.

Senarai Aplikasi Kegunaan Kakitangan UKM

Tanggungjawab Ke Atas Sistem Aplikasi

Sistem-sistem aplikasi dibina mengikut polisi dan prosidur kerja yang telah ditetapkan oleh Pusat Tanggungjawab(PTJ) atau jawatankuasa tertentu yang membuat permohonan membangunkan sistem. Pelaksanaan setiap sistem akan dikawal oleh PTJ yang telah ditetapkan sebagai urusetia sistem tersebut. PTM bertanggungjawab membangunkan sistem dan memastikan kelancaran penggunaan sistem serta pengurusan data yang cekap dan selamat.

Permohonan Membangunkan Sistem Aplikasi

Permohonan membangunkan sistem aplikasi boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Sistem Aplikasi (UKM-PTM-B(DA)01) dengan lengkap berserta dokumen yang dinyatakan di dalam borang tersebut. PTM akan mempertimbangkan permohonan bagi sistem aplikasi yang memenuhi kriteria berikut:

  • Mempunyai impak yang tinggi terhadap perkhidmatan UKM
  • Pengguna sistem yang ramai
  • Jangka hayat penggunaan sistem yang panjang
  • Penggunaan yang meluas
  • Perlu penyimpanan data yang banyak

Disamping itu, PTM akan membuat kajian sebelum memberi persetujuan membangunkan sistem yang dipohon berdasarkan kepada:

  • Fungsi-fungsi yang perlu disediakan dalam sistem
  • Keperluan peralatan dan perkakasan yang akan digunakan dalam pembangunan dan semasa beroperasi
  • Keperluan bajet tambahan
  • Keperluan sumber manusia dan kepakaran yang diperlukan dalam pembangunan sistem
  • Tarikh sasaran sistem akan digunakan

Penyelenggaraan Sistem Aplikasi

PTM hanya akan menerima permohonan pindaan atau penambahbaikan sistem maklumat yang sedang beroperasi melalui urusetia sistem yang bertanggungjawab ke atas sistem tersebut. Urusetia sistem boleh membuat permohonan melalui Sistem Penyelenggaraan Kecil Sistem Aplikasi di alamat http://www.ukm.my/peka