Latar Belakang

Pusat Teknologi Maklumat (PTM) diwujudkan sejak tahun 1974 di bawah Pejabat Canselori. Pada masa itu ia beroperasi sebagai Unit Komputer yang bertanggungjawab dalam pemprosesan gaji kakitangan. Pada tahun 1980, unit ini telah dinaiktaraf kepada Pusat Komputer selaras dengan pertambahan fungsi utama dan perkembangan teknologi bagi menyokong kecekapan pengurusan universiti.

Pada tahun 2007 Pusat Komputer telah mengadakan Sanggar Kerja: Pemantapan Pengurusan Pusat Komputer untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Resolusi daripada sanggar kerja ini, antaranya ialah Pusat Komputer kini dikenali sebagai Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan struktur organisasi telah disusun semula dengan menubuhkan Unit Aplikasi Sokongan dan mewujudkan jawatan Timbalan Pengarah Penyelidikan. Ini adalah untuk menyokong kecekapan pengurusan dan sokongan penyelidikan di Fakulti/Pusat/Institut dan pelajar sejajar dengan pengiktirafan UKM sebagai Universiti Penyelidikan.

Pada tahun 2008 PTM telah mengadakan Sanggar Kerja: Pemantapan Struktur Organisasi untuk memantapkan pengurusan dan perkhidmatan di setiap bahagian. Resolusi daripada sanggar kerja ini, struktur organisasi disusun semula dengan penubuhan 2 bahagian baru iaitu Bahagian Komputeran Termaju dan Bahagian Keselamatan ICT.

Nama Tempoh Jawatan
Abdul Hamid Ahmad 1972 – 1974 Ketua Unit
Abdul Hamid Marzuki 1974 – 1979 Ketua Unit
Abdul Hamid Marzuki 1980 – 1981 Pemangku Pengarah
Zahari Awang 1982 – 1983 Pengarah
Ismail Harun 1983 – 1984 Pemangku Pengarah
Prof. Dato’ Dr. Zainul Abidin Sharrif 1985 – 1989 Pengarah
Ismail Harun 1989 – 1993 Pemangku Pengarah
Dr. Abdul Rahman Omar 1993 – 1995 Pengarah
Prof. Dr. Kasmiran Jumari 1995 – 2006 Pengarah
Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim 2006 – 2011 Pengarah
Prof. Madya Dr. Mohamad Shanudin Zakaria 2011 – sekarang Pengarah

PTM telah berjaya membangunkan 169 aplikasi untuk membantu mempertingkatkan kecekapan pengurusan universiti yang semakin mencabar. PTM juga telah berjaya memperolehi anugerah berikut:

  • Anugerah Kualiti UKM Tahun 2000 (Kaunter Terbaik)
  • Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer Tahun 2005 : Sistem Pengurusan Kursus ICT (Pemenang)
  • Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer Tahun 2006 : Sistem Akaun Pesakit (Pemenang)
  • Anugerah Pengurusan Maklumat Berkomputer Tahun 2006 : Sistem e-Cuti (Saguhati)
  • Pensijilan MS ISO 9001:2008
  • Anugerah Tempat Kerja Selamat 2011