Bahagian Pengurusan Komputer

Bahagian Pengurusan Komputer bertanggungjawab memberikan perkhidmatan baikpulih, sokongan teknikal perkakasan komputer dan pemasangan perisian. Bahagian ini terdiri dari 2 unit iaitu:

  1. Unit Perkakasan dan Perkhidmatan
  2. Unit Perisian

Unit Perkakasan dan Perkhidmatan

Mengurus Kaunter

  • Menerima, memeriksa dan merekod perkakasan komputer yang dihantar oleh pengguna untuk dibaikpulih atau dinaiktaraf.
  • Menerima, memeriksa dan merekod perkakasan komputer yang dihantar oleh pengguna untuk dipasang perisian.
  • Merekod dan menyerahkan komputer yang telah siap dibaikpulih atau dipasang perisian kepada pengguna.
  • Membuat penyerahan komputer baru yang telah diluluskan kepada pengguna.
  • Menerima dan merekod pemulangan komputer atau notebook.
  • Menjawab panggilan telefon.
  • Merekod bilangan komputer yang diterima untuk dibaikpulih dan komputer yang diserahkan.
  • Membuat laporan dari semasa ke semasa aktiviti di kaunter.
  • Menerima surat/bungkusan.
  • Tempat bertanya/tunjuk arah.

Baikpulih Komputer (SC)

  • Membaikpulih komputer pengguna yang rosak.
  • Menaiktaraf komputer pengguna mengikut keperluan.
  • Membuat dan menyediakan laporan analisis pencapaian baikpulih.

Penyelenggaraan Komputer (MH)

  • Menyelenggara komputer kiosk, Dewan Kuliah dan Makmal Komputer di bawah tanggungan PTM mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Membuat dan menyediakan laporan analisis pencapaian penyelenggaraan komputer.

Penggunaan Komputer

  • Melaksanakan audit penggunaaan komputer mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Merancang keperluan penggunaan komputer mengikut kategori.
  • Membuat dan menyediakan hasil laporan audit.

Pemasangan Sistem Maklumat Universiti (SMAICT)

  • Menerima permohonan pemasangan SMU.
  • Mengagih kakitangan bertugas ke lokasi untuk melaksanakan pemasangan.
  • Membuat dan menyediakan laporan analisis pencapaian maklumbalas.

Unit Perisian

Pengurusan Sistem

  • Mengenalpasti dan membangun sistem yang bersesuaian untuk digunakan di bahagian.
  • Membangun dan menyelenggara Sistem Pengurusan Aset/Inventori/Alatganti.
  • Membangun dan menyelenggara Sistem Permohonan e-komputer.
  • Membangun dan menyelenggara Sistem Baikpulih Komputer.
  • Membangun dan menyelenggara Laman Web Bahagian.
  • Mengurus dan menyelenggara dokumen ISO bahagian.

Pengurusan Perisian

  • Mengurus dalam merekod perisian di bawah tanggungjawab PTM.
  • Merekod agihan dan pemasangan perisian berlesen.
  • Membuat dan menyediakan laporan analisis pencapaian pemasangan.

Pengurusan Perkakasan

  • Mengurus dan menguji komputer baru yang diterima.
  • Mengurus rekod, agihan dan label komputer yang akan diagihkan (SA).
  • Merancang keperluan komputer.
  • Mengurus rekod, agihan dan pelupusan aset.
  • Mengurus, merancang dan menjaga peralatan alatganti komputer.
  • Mengeluarkan alatganti mengikut keperluan.
  • Mengurus stor alatganti.
  • Mengurus dan menyelenggara pelayan Antivirus, Web Khidmat, Sistem Baikpulih Komputer dan INSET.

PERMOHONAN KOMPUTER

1. Latar belakang

UKM menyediakan kemudahan komputer kepada kakitangan mengikut keperluan dan kelayakan kakitangan.

2. Kelayakan

a.     Agihan Komputer / Notebook

Jawatan Keterangan
Kakitangan Akademik dan Guru Bahasa Satu (1) unit komputer atau notebook
Bertanggungjawab menyerahkan komputer atau notebook ke PTM sebelum memulakan cuti belajar
Kakitangan Pengurusan dan Profesional Satu (1) unit komputeratau

Satu (1) unit notebook (tertakluk kepada peruntukan)

Dekan / Pengarah / Timbalan Dekan / Timbalan Pengarah / Pengerusi Pusat Pengajian / Ketua Jabatan PTJ Satu (1) unit komputer untuk kegunaan pentadbiran di lokasi yang ditetapkan (bilik Dekan/Pengarah)Sekiranya tamat tempoh pelantikan computer tersebut  hendaklah dikekalkan di lokasi yang berkenaan
Ketua Pusat Kecemerlangan / Webmaster / Penyelaras (dilantik oleh Universiti) Satu (1) unit komputer tertakluk kepada tidak menerima komputer yang diperuntukkan kepada pensyarahSekiranya lokasi berbeza Ketua Pusat Kecemerlangan / Penyelaras boleh memohon komputer tambahan tertakluk kepada kelulusan PTM
Kakitangan Lantikan Khas (Prof. Emeritus / Prof. Adjung / Prof.Pelawat / Sarjana Tamu)Felo Utama / Felo berkenaan Kanan / Felo Penyelidik (lantikan terus) Satu (1) unit komputer (mengikut tempoh pelantikan) tertakluk kepada tidak menerima komputer yang diperuntukkan kepada pensyarah kontrakSekiranya tamat tempoh pelantikan computer berkenaan hendaklah dikekalkan di lokasi yang diletakkan
Pensyarah Kontrak Satu (1) unit komputer
Bertanggungjawab menyerahkan komputer ke PTM selewat-lewatnya satu (1) minggu setelah tamat kontrak
Pensyarah Sementara /Tutor Satu (1) unit komputer
Bertanggungjawab menyerahkan komputer ke PTM pada hari terakhir atau selewat- lewatnya satu (1) minggu selepas memulakan cuti belajar
Kakitangan Sokongan I(Gred 27 – 40) Diberi komputer berdasarkan keperluan kerja yang ditentukan oleh Ketua PTJ yang telah dinilai keperluannya oleh PTM
Kakitangan Sokongan II(Gred 1 – 26) Diberi komputer berdasarkan keperluan kerja yang ditentukan oleh Ketua PTJ yang telah dinilai keperluannya oleh PTM
Dewan Kuliah Utama Satu (1) unit komputer LCD Projector dibekalkan oleh JPP
Bilik Kuliah / Bilik Tutorial Tiada agihan khusus (menggunakan notebook yang diagihkan ke PTJ)
Bilik Sumber Kolej Kediaman Agihan komputer berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa
Makmal Komputer (Pengajaran) Agihan komputer berdasarkan kapasiti makmal berkenaan
Makmal Komputer (Penyelidikan) Tiada agihan khusus (komputer dibeli menggunakan peruntukan geran penyelidikan masing-masing

b. Agihan Notebook kepada Pengurusan Tertinggi UKM/ Dekan / Pengarah Fakulti / Pusat /

Jawatan Keterangan
Pengurusan Tertinggi UKM/ Dekan /Pengarah Fakulti / Pusat / Institut Satu (1) unit notebook

Sumber : Dasar dan Peraturan ICT UKM

http://www.ukm.my/ptm

3. Cara Permohonan

Kakitangan Akademik

  1. Permohonan dibuat melalui system e-Permohonan Komputer. http://www.ukm.my/ekomputer/
  2. Sistem akan menghantar emel kepada Dekan /Ketua Bahagian memaklumkan permohonan dari kakitangan.
  3. Dekan /Ketua Bahagian perlu memperakukan permohonan untuk membolehkan urusetia memproses permohonan.
  4. Sistem akan menghantar emel samada Diperakukan / Tidak diperakukan kepada pemohon.

Kakitangan Bukan Akademik

  1. Ketua Jabatan / Ketua Penolong Pendaftar / Penolong Pendaftar Kanan / Penolong Pendaftar perlu membuat permohonan bagi kakitangan di bawah tanggungjawab beliau.
  2. Borang Permohonan Komputer yang boleh dicapai melalui web http://www.ukm.my/ptm dan klik pada borang PTM.
  3. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada Pengarah, Pusat Teknologi Maklumat.

4. Tindakan Urusetia

Kakitangan Akademik

  1. Permohonan akan di nilai mengikut Dasar dan Peraturan ICT UKM
  2. Sistem akan menghantar status permohonan pemohon melalui emel.
  3. Jika lulus, pemohon perlu memilih tarikh pengambilan komputer melalui sistem e-Permohonan Komputer. http://www.ukm.my/ekomputer/.

Kakitangan Bukan Akademik

  1. Borang permohonan akan di nilai mengikut Dasar dan Peraturan ICT UKM.
  2. Audit / semakan komputer di lokasi pengguna akan dilaksanakan jika perlu sebelum kelulusan boleh dilakukan.
  3. Surat Kelulusan Permohonan Komputer akan dihantar kepada pemohon.

5. Pengambilan Komputer

  1. Pemohon perlu membawa bersama-sama Borang Akuan Penerimaan yang dicetak dari system e-permohonan Komputer (kakitangan akademik) dan Surat Kelulusan Permohonan Komputer
    (kakitangan Bukan Akademik) ke PTM untuk pengambilan komputer baru.
  2. Pemohon yang mempunyai komputer lama perlu memulangkan komputer tersebut semasa mengambil komputer baru.
  3. Pemohon perlu menandatangani Borang Akuan Penerimaan sebagai bukti penerimaan komputer baru.

6. Tarikh Kuatkuasa

Tarikh Kuatkuasa : 15 Jun 2010

PERMOHONAN BAIKPULIH KOMPUTER

1. Latarbelakang

  1. Pusat Teknologi Maklumat UKM Bangi memberikan perkhidmatan membaikpulih dan penyelenggaraan perkakasan ICT mengikut prosedur yang ditetapkan.
  2. Perkakasan ICT terdiri daripada  komputer, pencetak, monitor dan komputer riba.

2. Kelayakan

  1. Hanya komputer HAK MILIK UKM diterima untuk dibaikpulih.
  2. Komputer yang tidak mempunyai pelekat aset UKM perlu dibuktikan dengan salinan pembelian seperti nota hantaran (DO) atau Surat Kelulusan Spesifikasi PTM.

3. Cara memohon

  1. Pemohon perlu menghantar komputer ke kaunter PTM
  2. Juruteknik PTM akan membuat semakan spesifikasi komputer menggunakan Senarai Semak Pengujian Sistem Pengoperasian Komputer.
  3. Pemohon akan diberikan slip sebagai bukti permohonan.
  4. Pemohon akan dihubungi melalui telefon apabila baikpulih telah  dilaksanakan.
  5. Pemohon boleh juga menyemak melalui web http://www.ukm.my/bpk.

4. Pengambilan Komputer

  1. Pemohon perlu mengemukakan slip kepada petugas kaunter.
  2. Pemohon perlu menandatangani slip baikpulih komputer salinan PTM sebagai bukti penerimaan semula komputer.

5. Tarikh Kuatkuasa

Tarikh Kuatkuasa : 30/04/2010

PERMOHONAN PEMASANGAN PERISIAN

1. Latar belakang

Pusat Teknologi Maklumat UKM Bangi menyediakan perkhidmatan :

  1. Pemasangan perisian berlesen kepada kakitangan dan pelajar siswazah UKM.
  2. Pemasangan Sistem Maklumat Universiti (SMU) untuk kakitangan yang dipertanggungjawabkan sahaja.
  3. Senarai perisian boleh dirujuk melalui web http://www.ptm.ukm.my


2.
Kelayakan Pemasangan Perisian

  1. Hanya komputer HAK MILIK UKM diterima untuk pemasangan perisian.
  2. Komputer yang tidak mempunyai pelekat aset UKM perlu dibuktikan dengan salinan bukti pembelian seperti nota hantaran (DO) atau Surat Kelulusan Spesifikasi PTM.
  3. Pemasangan perisian bergantung kepada jumlah lesen yang ada mengikut kelayakan.

3. Cara Permohonan Pemasangan Perisian

Kakitangan UKM

Sistem Maklumat Universiti (SMU)

  1. Permohonan boleh dibuat melalui web http://www.ukm.my/sai .
  2. Maklumbalas permohonan akan di beri kepada pemohon.
  3. Tindakan pemasangan perisian di lokasi pemohon oleh pegawai PTM akan dilaksanakan.

Perisian Berlesen

  1. Pemohon perlu menghantar komputer ke kaunter PTM
  2. Juruteknik PTM akan membuat semakan spesifikasi komputer menggunakan Senarai Semak Pengujian Sistem Pengoperasian Komputer.
  3. Pemohon akan diberikan slip sebagai bukti permohonan.
  4. Pemohon akan dihubungi melalui telefon apabila pemasangan telah  dilaksanakan.
  5. Pemohon boleh juga menyemak melalui web http://www.ukm.my/bpk.

Pelajar Siswazah UKM

Perisian Berlesen

  1. Pelajar perlu mengisi  Borang Permohonan Pemasangan Perisian  yang boleh dicapai melalui web http://www.ukm.my/ptm dan klik pada borang PTM.
  2. Borang perlu disahkan oleh pensyarah/fakulti/penyelia projek.
  3. Komputer perlu dihantar ke kaunter PTM bersama Borang Permohonan Pemasangan Perisian yang telah lengkap diisi.
  4. Juruteknik PTM akan membuat semakan spesifikasi komputer menggunakan Senarai Semak Pengujian Sistem Pengoperasian Komputer.
  5. Pelajar akan diberikan slip sebagai bukti permohonan.
  6. Pelajar akan dihubungi melalui telefon apabila pemasangan telah dilaksanakan.
  7. Pelajar boleh menyemak melalui web http://www.ukm.my/bpk

4. Pengambilan Komputer

  1. Pemohon perlu mengemukakan slip kepada petugas kaunter.
  2. Pemohon perlu menandatangani slip pemasangan perisian salinan PTM sebagai bukti penerimaan semula komputer.

5. Tarikh Kuatkuasa

Tarikh Kuatkuasa : 30/04/2010

Laman Web Bahagian Pengurusan Komputer http://www.ukm.my/bpk